Polumpung Melangkap Camp Site


Dikenali sebagai Polumpung Melangkap Camp Site, merupakan salah satu tempat menarik di Kota Belud yang semakin dikenali ramai disebabkan keindahannya tempatnya yang memukau setiap pengunjung yang pernah datang melawat ke tempat ini. Lokasi tempat menarik ini terletak di Kampung Melangkap Baru, kira-kira 29 km atau 36 minit pemanduan dari pekan Kota Belud, Sabah. Kawasan ini merupakan kawasan sukan dan rekreasi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di tempat ini, antaranya ialah berkhemah, berbeku, bermandi-manda di sungai dan sebagainya.

Perkhemahan Di Melangkap

Berkhemah merupakan aktiviti paling utama dilakukan di tempat ini. Melangkap Camp Site menyediakan kawasan yang luas dan rata dan sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan, Pengunjung boleh menyewa khemah dengan Pusat Pengurusan Melangkap Camp SIte. Walaubagaimanapun, jumlah khemah adalah sangat terhad. Pengunjung digalakkan untuk membawa khemah masing-masing.

Tempat Letak Kereta

Kawasan ini mempunyai tempat letak kereta yang luas sesuai dengan tapak perkhemahannya yang luas. Walaubagaimanapun, pengunjung dinasihatkan supaya meletakkan kereta secara berhemah dan teratur bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pengunjung lain untuk keluar masuk serta tidak menghalang kereta pengunjung lain.

Comments